Apa yang saya fikir hari ini....
Tiada sesiapa yang boleh untuk kembali semula ke masa silam untuk memulakan semula sesuatu peristiwa itu, tapi kita boleh memulakan hari ini dengan harapan kita dapat mengakhirinya dengan sesuatu pengakhiran yang gembira. Lebih lama saya menjalani hidup ini, saya lebih menyedari bahawa sesebuah sikap dapat memberikan sesuatu impak dalam kehidupan seharian kita. Bagi saya, sikap itu lebih penting daripada segala fakta. Ia lebih penting daripada masa silam, pendidikan, wang, kenyataan, kegagalan, kejayaan, dan lebih penting daripada apa yang orang lain kata atau buat. Ia lebih penting daripada penampilan kita, kebijaksanaan kita ataupun gaya kita.
Apa yang paling ajaib ialah, kita akan diingati melalui sikape yang kita tonjolkan pada orang lain, dan kita akan dikenang sepanjang masa. Kita tidak boleh mengubah masa hadapan... kita juga tidak boleh mengarahkan sseorang itu untuk melakukan apa sahaja mengikut cara kita. Kita tidak dapat mengelakkan daripada Qada' dan Qadar Allah Taala, kerana ianya pasti akan berlaku,dan sebagai manusia kita mestilah sentiasa redha. Saya amat yakin bahawa bahawa dalam kehidupan ini hanya 10% sahaja yang berlaku, dan lagi 90% adalah bagaimana saya menghadapinya. Dan saya harap begitu juga kamu melihat kehidupan ini, kita bertanggugjawab dalam membentuk sikap kita sendiri.
Begitu juga dalam percintaan, ia amatlah menyakitkan untuk menyintai seseorang jika kita hanya bertepuk sebelah tangan, tetapi apa yang lebih menyakitkan ialah kita tidak mempunyai keberanian untuk memberitahunya perasaan sebenar kita terhadapnya. Risiko paling besar dalam cinta ialah cinta yang tidak berbalas. Untuk berharap dan mencuba untuk bercintaadalahseperti berharap untuk merasai kesakitan dan kegagalan, tetapi ingatlah, risiko perlu di ambil kerana cabaran yang paling besar adalah untuk berani mengambil risiko daripada tidak pernah mencuba apa-apa.... ^_^
No comments:
Post a Comment