Saturday, January 16, 2010

Cinta umpama seluas padang rumput....

Cinta itu merupakan suatu perkara yang aneh dan menakjubkan. Walaupun ia akan mengambil segala masa, ruang dan jarak antara kita, ia tetap tidak akan dapat menghalang cinta. Kita akan sanggup menunggu selama-lamanya demi orang yang kita cintai, mengembara tidak kira kemana sahaja untuk berada disisinya. Bila kita berada hampir dengan dirinya yang sangat kita cintai, cinta itu akan berkembang untuk sepanjang hidup ini, menjadikan hidup ini lebih daripada sekadar saat-saat indah ketika bersamanya sahaja. Bila cinta memerlukan kita berjauhan, ia akan membuatnya bertambah kuat, dan bila ia kembali bersama, ia akan berkembang seperti bunga-bunga yang indah. Setiap insan mengidamkan cinta sejati sehingga sanggup berjuang, melawan dan sengsara untuknya, kerana bila mereka telah menjumpainya, mereka tahu bahawa mereka telah menjadi sempurna. Bila berada bersamanya, ia adalah untuk segalanya. Kita akan sentiasa merasakan kepercayaan, kesempurnaan, keinginan dan keselamatan ketika berada disampingnya. Demi orang yang kita cintai, kita akan sanggup melakukan apa sahaja untuk melihatnya, mendengar suaranya, serta menyentuhnya agar kita dapat merasakan kehadirannya disisi tanpa mengharapkan sebarang balasan. Cinta sejati sentiasa akan mengetahui apabila tiba masanya untuk seseorang itu pergi jauh, tetapi ia akan sentiasa mencintai, bersikap ceria, memikirkan tentang setiap saat ketika bersamanya dan akan terus menyayangi dirinya. Sebagai balasannya dia akan sentiasa mengetahui kita mencintai dirinya walaupun berjauhan. Itulah cinta sejati yang berada jauh di lubuk hati...

No comments:

Post a Comment