Wednesday, July 15, 2009
pentingkah cinta?
Saya slalu duduk di mana2 tempat untuk melihat gelagat2 remaja zaman ini..saya tidak lagi menganggap diri saya sbg seorang remaja kerana saya telah melangkah ke alam yang lebih dewasa dan semakin berfikiran matang. Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah bagaimana sikap pasangan yang bercinta pada masa kini. Teguh kah pendirian mereka sehingga kan sanggup memberikan apa sahaja untuk membahagiakan pasangan mereka. Saya tidak menganggap diri ini sebagai seorang pakar motivasi dalam cinta,tetapi kita boleh belajar melalui pengalaman sendiri dan pengalaman rakan2 yang banyak meluahkan perasaan kepada kita. baik buruknya bercinta hanya mereka yang bercinta sahaja tahu. Kadang-kadang kita saje membutakan mate dengan kesilapan yang dilakukan oleh si dia dek kerana terlalu sayang kan perhubungan itu. Akan tetapi tanpa mereka sedari,kerana terlalu sayang mereka mengabaikan diri sendiri. Ingatlah kita perlu mencintai diri sendiri dahulu sebelum mencintai orang lain,jika tidak merana lah diri apabila kita tiba2 ditinggalkan oleh sang kekasih. Kehidupan kita dicorakkan sendiri oleh diri sendiri.Warna-warni kehidupan lah yang dapat menceriakan kehidupan kita sehari-hari...